Nama penuh beliau ialah Abu Dujana Sammak ibn Kharsha. Beliau merupakan seorang dari kaum Ansar dan merupakan antara yang terawal di kalangan mereka yang menerima Islam. Di dalam sirah, beliau terkenal dengan keberaniannya dan sesuatu yang unik tentang beliau ialah beliau memakai semutar merah yang dililitnya pada kepalanya. Apabila beliau memakai semutar merah ini, ia melambangkan bahawa semangat juang dan jihad beliau sedang memuncak dan beliau bersedia untuk berjihad dan syahid di jalan Allah s.w.t.
Di dalam Perang Uhud, yang merupakan perang yang penting di dalam sejarah Islam selepas Perang Badar, Rasulullah melarang tenteranya dari memulakan peperangan kecuali setelah menerima arahan dari Baginda, Rasulullah menampil dirinya yang lengkap dengan baju besi, seraya merangsang sahabatnya untuk berperang, mengingatkan mereka supaya bersabar dan berdaya juang di saat pertembungan sengit, seterusnya Rasulullah memberi semangat keberanian dan pertahanan diri pada jiwa-jiwa sahabatnya, pada kemuncaknya Rasulullah mengeluar dan menjulang pedangnya dengan berkata: “Siapakah yang sanggup mengambil pedang ini dan menunaikan haknya dengan sebenar? Maka bangunlah beberapa orang untuk mengambilnya, di antara mereka ialah Ali bin Talib, al-Zubair bin al-Awwam dan Umar bin al-Khattab, akhirnya bangun Abu Dujanah Sammak bin Kharsyah sambil bertanya:
“Apakah haknya wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah (s.a.w): “Hendaklah pukul muka-muka musuh Allah hingga melentok”. Maka jawab Abu Dujanah: “Akulah orangnya yang akan menunaikan hak pedang itu wahai Rasulullah”. Lantas Baginda pun menyerahkan pedang itu kepada Abu Dujanah.
Abu Dujanah adalah seorang wira yang berani, beliau menyombong semasa berhadapan dengan seteru, beliau mempunyai semutar berwarna merah, orang ramai akan mengetahui bahawa beliau akan berperang hingga ke titisan darah terakhir bila mana beliau membelit kepalanya dengan semutar merah itu. Sebaik sahaja beliau menerima pedang itu dari Rasulullah, terus beliau membelit kepalanya dengan semutar merahnya itu, beliau berjalan di antara dua saf dengan lagak kesombongannya, di ketika itu Rasulullah bersabda: “Sebenarnya lagak jalan sebegini dibenci Allah kecuali di suasana sebegini”.
Ketika asakan begitu sengit di sekeliling panji musyrikin ianya juga berlaku di tempat-tempat yang lain, semangat orang Islam semakin memuncak di kalangan mereka, hingga dengan itu mereka terus menerkam ke arah tentera musyrikin bagaikan ombak melanda benteng, dengan selogan yang mereka laungkan di hari Uhud, “Amit, Amit” matilah matilah.
Abu Dujanah pula yang telah pun membelit kepalanya dengan semutar merah, menghunus pedang Rasulullah dengan tekad melaksanakan tugasnya yang dijanjikan, beliau meluru ke tengah-tengah orang ramai, asal bertembung dengan musyrik pasti dikerjakannya, beliau bagaikan menolak barisan musyrikin dengan asakannya. Sebelum ini al-Zubair bin al-Awwam terkilan juga; “Semasa ku memohon supaya Rasulullah menyerah pedangnnya itu pada ku lalu Baginda enggan memberinya pada ku malah diserahkan kepada Abu Dujanah, ku berbisik pada diriku, bukankah aku ini anak Sofiah ibu saudaranya, daku ini dari bangsa Quraisy pula, daku yang datang sendiri di hadapan Baginda, daku yang mendahuluinya, namun Baginda tidak memberikannya, demi Allah aku ingin lihat apa yang beliau hendak lakukan? Aku ekorinya, kemudian aku ternampak beliau mengeluarkan sehelai kain merah lalu dililit kepalanya”, maka orang-orang Ansar pun berkata: “Abu Dujanah sudah pun bawa keluar semutar maut”, di masa itu beliau berdendang:
Daku ini yang dijanji kekasihku
Semasa dipinggir di tepian tamar itu
Ku bukan wira di belakang saf
Pukulan ku pukulan pedang Rasul dan Allah.
Setiap musyrik melintasi di hadapannya pasti dicantas, di masa itu terdapat seorang wira di kalangan musyrikin yang tegas, ku berdoa semoga wira Islam Abu Dujanah bertemu dengan wira musyrik itu, dengan izin Allah mereka berdua bertemu, masing-masing saling memukul lawannya, si musyrik tadi menetak Abu Dujanah dengan pedangnya, tapi Abu Dujanah sempat menangkis dengan perisainya menyebabkan pedangnya patah, apa lagi Abu Dujanah pun menghayun pedangnya ke badan wira kafir tadi menyebabkan beliau terhumban ke tanah. Abu Dujanah merempuh baris’an-barisan peperangan hingga sampai ke barisan pemimpin kaum ibu musyrikin, tanpa disedarinya kata Abu Dujanah:
“Di sana ku nampak seorang manusia yang mencakar seterunya, aku mara ke hadapannya sebaik sahaja aku hendak menetaknya tiba-tiba beliau menjerit, baru aku tahu yang ianya seorang perempuan, daku pun tidak jadi membunuhnya kerana menghormati pedang Rasulullah, dari membunuh seorang perempuan”. Perempuan itu rupanya Hindun binti Utbah. Kata al-Zubair bin al-Awwam: “Daku melihat Abu Dujanah menghayun pedangnya ke atas kepala Hindun binti Utbah, kemudian beliau tidak jadi menetaknya, ku berkata hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahui sedemikian”.
Pada permulaan peperangan, Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada kumpulan pemanah supaya menjaga bahagian belakang kaum muslimin daripada serangan pihak musuh. Tetapi apabila kaum musyrikin mula berundur, kaum muslimin pada ketika itu nampak seperti berada di ambang kemenangan. Pada ketika itulah, 40 orang dari kumpulan pemanah yang diamanahkan untuk menjaga di atas Bukit Uhud telah turun untuk mengumpul harta perang yang ditinggalkan oleh kaum musyrikin di atas sangkaan mereka telah mencapai kemenangan. Apabila kaum musyrikin melihat keadaan ini, mereka pun bertindak untuk menyerang kaum muslimin dari arah belakang. Pada ketika ini, kaum muslimin berada di ambang bahaya kerana tersepit di antara dua kumpulan kafir quraisy. Oleh sebab ini, askar quraisy telah berjaya mendekati Rasulullah s.a.w dan mencederakan baginda. Selepas itu, ramai di antara para sahabat yang hebat membentuk perisai atau benteng untuk mempertahankan baginda. Antaranya ialah Abu Dujana. Beliau menerima banyak panahan dan tikaman tetapi sedikit pun tidak tergerak daripada posisinya. Ini membuktikan betapa cintanya para sahabat kepada Rasulullah s.a.w sehingga sanggup berbuat demikian.
Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, ketika di zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, ketika Abu Bakar sedang memerintah, Abu Dujana mati syahid ketika menentang askar Musaylima al-Kadzhab yang merupakan pendusta yang menamakan dirinya rasul yang seterusnya.
Jumat, 21 September 2007
Abu Dujanah r.a(Pahlawan Berserban Merah)
Diposting oleh ABU UKASYAH di 23.25
Label: Kisah Sahabat Nabi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar